About Dato' Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Tarudin adalah satu figura dunia seni Malaysia yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Namanya sudah mengharum wangi... dari KL ke KL ke KL (Kuala Lipis ke Kuala Lumpur ke Kota London). Siti Nurhaliza (kini Hajah Datin Seri) adalah salah sebutir bintang dan pertama yang telah di lahirkan dari bumi Malaysia telah mula menggegarkan industri seni tanahair bermula tahun 1995 apabila beliau menjuarai Pertandingan Bintang Hiburan Minggu Ini (Bintang HMI) pada tahun yang sama anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Namun tahukah anda karier seninya sebenarnya tidak bermula di sini? Sebaliknya ianya sudah bermula semasa Siti Nurhaliza masih 'hijau' dalam menongkah arus kehidupan... ikuti kisah seorang bintang... Dato' Siti Nurhaliza Tarudin jsm, sap, aap, pmp,dimp.
Kelahiran Seorang Bintang
Tanggal 11 Januari 1979, 29 tahun dahulu di Berek Polis, Kampung Awah, Temerloh, Pahang... seorang bayi perempuan telah di lahirkan. Anak keempat kepada Puan Siti Salmah Bachik dan Encik Tarudin Ismail itu di lahirkan tanpa ayahnya berada di sisi kerana sedang bertugas di luar kawasan dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota polis. Bayi ini di namakan Siti Nurhaliza. Membesar bersama abang dan kakaknya, Saiful Bahri Tarudin (Ayie) dan Siti Norsaida Tarudin (Saida), Siti Nurhaliza dibesarkan penuh dengan kasih sayang daripada kedua ibubapanya. Adik beradik beliau yang lain ialah Saiful Lizan dan adik-adiknya, Siti Saerah, Mohd Ali dan Mohd Hafiz, manakala seorang abangnya (yang sulung), meninggal ketika masih kecil. Siti Nurhaliza membesar sebagaimana kanak-kanak lain, tidak dilimpahi kemewahan namun bersyukur dengan apa yang diperolehinya, apa yang ada di kongsi bersama. Kanak-kanak ini amat aktif bersukan dan mula menunjukkan bakatnya sejak di Tabika Kemas di Kuala Lipis dengan mengadakan persembahan bersama-sama rakan setadika dan sememangnya beliau mewarisi bakat seni yang hadir dalam diri ibunya, iaitu seorang penyanyi lagu-lagu asli yang dikenali suatu ketika dahulu... Pernah kerana malu, Siti melarikan diri sewaktu sebuah majlis perkahwinan berlangsung di kampungnya di Kampung Awah, Temerloh kerana di panggil untuk menyanyi dan malu. Namun beliau terpaksa akur apabila beberapa kanak-kanak lain berjaya mengejar dan menangkapnya...
Jejak Bintang
Tidak terhenti setakat itu... Siti Nurhaliza terus rapat dan akrab dengan seni apabila sering menyertai pertandingan nyanyian, antaranya menang untuk Karnival Lipis dengan menyanyikan lagu 'Bahtera Merdeka' dan juga 'Sireh Pinang' sehingga memenanginya tiga tahun berturut-turut. Ada juga individu yang sehingga marah kerana jika beliau memasuki sesuatu pertandingan, pasti beliau akan merebut gelaran juara... paling tidak di tempat kedua dan ketiga. Siti juga menjadi vokalis untuk kumpulan yang telah ditubuhkan bersama pakciknya Abdul Rahim Bachik yang di panggil 'Ayah Rahim' oleh Siti, iaitu kumpulan Family Group. Dengan 'Family Group'lah beliau mengasah bakatnya dan akhirnya beliau tekad untuk menyertai pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995 seawal umurnya 16 tahun. Namun beliau sedikit terkilan dan kecewa kerana tidak menjuarai Juara Mingguan program tersebut yang akan ke final. Namun, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Siti di panggil semula oleh pihak RTM kerana salah seorang peserta menarik diri. Siti juga bertambah bertuah apabila menerima perhatian daripada Mr. Tan Su Loke dari Suria Records dan menerima bimbingan dan didikan daripada komposer ternama Adnan Abu Hassan. Dengan penuh yakin, bergaun merah dan mendendangkan 'Camar Yang Pulang' nyanyian asal Aisyah, Juara Program Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) jatuh ke tangan Siti Nurhaliza Tarudin.
Berkembangnya Sekuntum Bunga...
Sejurus menjuarai Bintang HMI 1995, banyak syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa menawarkan kontrak artis rakaman untuk Siti Nurhaliza. Namun atas tunjuk ajar Suria Records (SRC) dan kesungguhan yang di tunjukkan Mr. Tan Su Loke sehingga ke rumah keluarga Siti di Kuala Lipis, akhirnya Siti Nurhaliza menandatangani kontrak sebagai artis rakaman Suria Records. Apabila bergelar artis rakaman, album solo pertama Siti Nurhaliza pun di terbitkan. Sewaktu proses memasukkan vokal, Siti berulang-alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu pada Jumaat dengan menaiki bas ekspres dan di temani samaada ibunya atau abangnya dan pulang semula ke Kuala Lipis pada petang Ahad kerana Siti masih bersekolah. Akhirnya, pada 1hb April 1996, album yang menggunakan judul namanya sendiri itupun di pasarkan. Ramai yang kagum dengan bakat yang dimiliki gadis dari Kuala Lipis ini. Kerjaya permulaan Siti sampai ke kemuncak apabila beliau memenangi Juara Lagu '96 melalui Jerat Percintaan (ciptaan Adnan Abu Hassan dan lirik oleh Hani MJ) selain menang Juara Kategori Balada dan Persembahan Terbaik, seterusnya menang sebagai Artis Baru Terbaik (Wanita) dan Lagu Terbaik (Jerat Percintaan) di Anugerah Industri Muzik 1997. Ramai yang meramalkan Siti akan cepat jatuh kerana beliau cepat naik. Bagi penggemar dan pemerhati industri muzik, Siti naik terlalu cepat dan 'overexposed', namun nasib terus menyebelahi beliau biarpun Siti juga agak risau dengan kenaikan mendadaknya, apabila beliau terus diterima ramai dengan album ke-2nya, duet Mawarku dan Tiga Malam bersama 2 By 2, album asli 'Cindai' dan seterusnya hadir dengan album pop ketiganya, Adiwarna yang menggondol Album Melayu Terbaik serta Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1999.
Sedekad Yang Terus Utuh
Siti Nurhaliza kini nama besar di Malaysia dan Indonesia... Siti Nurhaliza berjaya menghasilkan album-album solonya yang terus sukses seperti Pancawarna, Sahmura, safa, Sanggar Mustika, EMAS, Prasasti Seni, Transkripsi sehinggalah yang terbaru, Hadiah Daripada Hati. Beliau juga adalah penyandang Bintang Paling Popular 5 kali berturut-turut (1998-2001) dan pada 2004, serta Penyanyi Wanita Popular di Malaysia buat 11 tahun berturut-turut. Siti Nurhaliza juga berjaya menempa nama di persada antarabangsa, antaranya:-
Indonesia:- Siti sudah menjadi nama besar di republik ini. Pendedahan Siti yang pertama di Indonesia ialah apabila tersiarnya artikel berkenaan Siti dengan tajuk 'Belum Punya Teman Dekat' di akhbar popular republik itu iaitu POS Kota edisi April 1997. Justeru Siti di anggap hebat kerana terdedah dengan media daripada Indonesia yang diketahui sukar untuk menerima artis dari seberang. Siti juga di sifatkan sebagai artis pertama Malaysia mengadakan persembahan live di dalam stesyen telvisyen IndoSiar, seterusnya melebarkan sayapnya apabila setiap albumnya laku di Indonesia. Siti juga telah mengadakan konsert tournya di bandar-bandar besar seperti Jakarta, Bandung, Yogjakarta dan lain-lain.
Singapura:- Beliau diterima baik di Singapura selepas popular duet Mawarku. Siti juga mengadakan konsert solonya di Habour Pavillion dan di katakan menerima bayaran sebanyak SS120,000 atau kira-kira RM270,000. Siti juga kini adalah nama besar di Singapura.
China:- Siti menang sebagai Juara Pertandingan Lagu-Lagu di Shanghai pada 1999.
Australia:- Siti menang sekali lagu untuk South-Pacific Asia Song Contest pada 1999 dengan lagu Satu Cinta Dua Jiwa yang di alih bahasa menjadi We'll Be As One. lagu ini juga menjuarai carta Top/ Pop 40 di sana.
Kazakhstan:- Siti menang pertandingan Voice of Asia sekaligus menewaskan 14 peserta negara lain.
Jepun:- Siti mula ke Jepun selepas tahu rakaman lagu 'Percayalah' daripada salah satu siri konsertnya di Tokyo di minati ramai pada tahun 2002. Siti juga mengadakan konsert di Yokohama pada tahun 2003.
London: 1 April 2005- tarikh sepuluh tahun Siti di bidang seni menjadi saksi alunan lagunya di Dewan Di-Raja Albert, London. Siti mengadakan konsert solonya di sana dan ianya mendapat sambutan baik rakyat Malaysia dan England. Siti menjadi penyanyi asia kedua mengadakan konsert di sana selepas Lata Mangeshkar dan artis kedua mengadakan persembahan selepas Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Konsert
Siti Nurhaliza buat pertama kalinya mengadakan konsert secara besar-besaran iaitu pada tahun 1999 yang dinamakan sebagai Konsert 'LIVE' Siti Nurhaliza, dalam usia 3 tahun keberadaannya didalam bidang seni. Sesuatu yang boleh dikatakan impresif kerana Siti hanya memerlukan masa 3 tahun untuk mengadakan konsert solo secara besar-besaran dan mendapat sambutan. Siti seterusnya terus menyerlah dipentas konsert dengan Konsert Mega Siti Nurhaliza yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada Jun 2001. Konsert yang berharga lebih RM 1 juta mempertontonkan Siti melakukan 'penerbangan' dengan menggunakan tali sebelum mendendangkan Lakaran Kehidupan.
Selain konsert yang menyanyikan lagu-lagu dendangannya sendiri, Siti juga sudah mengadakan konsert tribute untuk Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad dalam Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir pada 2002 dan Konsert Istana Cinta untuk P. Ramlee dan Saloma pada 2007, dan kedua-duanya diadakan di Istana Budaya.
Sebelum mencipta sejarah yang lebih besar, Siti terlebih dahulu mencipta sejarah melalui Siti Nurhaliza Fantasia Tour 2004 di mana Siti mengadakan konsert jelajah di 14 buah lokasi seluruh Malaysia dan seterusnya mengadakan Siti Nurhaliza Indonesia Tour pada tahun yang sama, sebelum kembali bertukus lumus menjalani latihan untuk konsert solo yang dinamakan Siti Nurhaliza In Concert, Royal Albert Hall, London dimana Siti mengalunkan lebih 30 buah lagu pada malam konsert yang penuh bersejarah itu didewan berprestij dunia, Dewan DiRaja Albert, London. Ianya bertambah bermakna apabila bertepatan dengan tarikh 1 April 2005 dimana Siti turut menyambut ulang tahun ke-10 kariernya di dalam bidang seni.
Konsert di London adalah konsert yang terakhir diadakan Siti sebelum berkahwin. Kepopularitian Siti tidak pudar begitu sahaja apabila konsert seterusnya selepas berkahwin seperti Konsert Penghargaan untuk pengguna Olay Total Effects mendapat sambutan di luar dugaan. Begitu juga untuk tahun 2009, Siti mempersembahkan Konsert Satu di Istana Budaya pada Jun lepas, juga konsert Seribu Warna pada November lalu, semuanya masih mendapat sambutan sama seperti sebelum beliau berkahwin.
Siti Situ Sana Sini
Diuruskan di bawah syarikat pengurusan milik sendiri, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada tahun 1998, Siti terus cemerlang mencanting kariernya. Mempunyai rancangan TV sendiri, 3D Siti dan Selebriti Sukan juga Citarasa Bersama Dato' Siti Nurhaliza yang ditayangkan pada Ramadhan lepas, melancarkan produk kosmetik/ kecantikan sendiri (Simply Siti), menaungi artis seperti Siti Saida, Siti Saerah dan kumpulan Coda melalui SNP, menubuhkan Yayasan Nurjiwa untuk kerja-kerja amal, menubuhkan anak-anak syarikat Siti Nurhaliza Collections, SN Mobile Digital (M) Sdn. Bhd. dan Siti Sound Sdn. Bhd, turut menjadi artis pertama Malaysia mengadakan konsert live melalui talian internet, menjadi seorang komposer, berlakon untuk pertama kali dalam Teater P. Ramlee The Musical sebagai Azizah dan penampilan khas sebagai diri sendiri didalam filem pendek, Zaleha Ayam Patah, menjadi Bintang Paling Popular Malaysia dan juara Voice of Asia serta Artis Serantau Paling Popular dan akan menyambut ulang tahun ke-15 didalam industri seni, Siti terus memahat namanya di dalam bidang seni muzik Malaysia dan akan terus dikenang sebagai penghibur era ini. Biar pelbagai halangan, dugaan dan cabaran, cemuhan ketika mengambil keputusan bernikah, terluka dengan kata-kata serta umpatan keji masyarakat yang membencinya, dan menelan airmata atas kepergian allahyarham bapanya ke rahmatullah pada Februari lalu, SITI NURHALIZA masih di sini.
|
AWARDS & ACHIEVEMENT
Malaysian Music Industry Awards Best Album ("Lentera Timur") 2009 Best Pop Ethnic Album ("Lentera Timur") 2009 Best Vocal Performance in a Song (Female) ("Di Taman Teman"|"Lentera Timur") 2009 Best Pop Album (Hadiah Daripada Hati) 2008 Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Hadiah Daripada Hati") 2008 Best Musical Arrangement in an Album (Malay) ("Cintamu") 2008 Best Album (Transkripsi) 2007 Best Pop Album (Transkripsi) 2007 Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Siti Nurhaliza in Concert: Royal Albert Hall") 2006 Kembara (Explorer) Award 2005 Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Prasasti Seni") 2005 Best Musical Arrangement in an Album ("Seindah Biasa") 2005 Best Album ("E.M.A.S") 2004 Best Pop Album ("E.M.A.S") 2004 Kembara (Explorer) Award 2004 Best Vocal Performance in an Album (Female) ("E.M.A.S") 2004 Best Musical Arrangement in an Album ("Bukan Cinta Biasa") 2004 Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Sanggar Mustika") 2003 Best Musical Arrangement in an Album ("Merisik Khabar") 2003 Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Konsert Mega Siti Nurhaliza") 2002 Best Ethnic Pop Album ("Sahmura") 2001 Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Sahmura") 2001 Kembara (Explorer) Award 2000 Best Album ("Seri Balas") 2000 Best Ethnic Pop Album ("Seri Balas") 2000 Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Pancawarna") 2000 Best Album ("Adiwarna") 1999 Best Pop Album ("Adiwarna") 1999 Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Adiwarna") 1999 Best Song ("Jerat Percintaan") 1997 Best Newcomer (Female) 1997
Malaysian Song Champion Awards HOTfm Listener Choice Song Champion ("Destinasi Cinta") AJL 22 Viewers Choice Song Champion ("Cindai") AJL 20 Best Performance ("Ku Milikmu") AJL 18 Best Performance ("Nirmala") AJL 17 Ethnic Pop Song Champion ("Nirmala") AJL 17 Best Performance ("Ya Maulai") 2001 Pop Rock Song Champion ("Engkau Bagaikan Permata") 2001 Ballad Song Champion ("Kau Kekasihku") 2000 Ethnic Pop Song Champion ("Balqis") 2000 Song Champion ("Balqis") 2000 Ballad Song Champion ("Purnama Merindu") 1999 Ethnic Pop Song Champion ("Hati Kama") 1999 Ethnic Pop Song Champion ("Cindai") 1998 Song Champion ("Cindai") 1998 Best Performance ("Aku Cinta Padamu") 1997 Ballad Song Champion ("Aku Cinta Padamu") 1997 Song Champion ("Jerat Percintaan") 1996 Best Performance ("Jerat Percintaan") 1996 Ballad Song Champion ("Jerat Percintaan") 1996
Malaysian Popular Stars Award Popular Female Singer 2009 Popular Female Singer 2008 Popular Female Singer 2007 Popular Female Singer 2006 Popular Female Singer 2005 Most Popular Star 2004 Popular Female Singer 2004 Most Popular Star 2003 Popular Female Singer 2003 Most Popular Star 2002 Popular Female Singer 2002 Most Popular Star 2001 Popular Female Singer 2001 Popular Female Singer 2000 Most Popular Star 2000 Popular Female Singer 1999 Most Popular Star 1999 Popular Female Singer 1998 Most Popular Star 1998 Popular Female Singer 1997 Most Popular Star 1997 Popular TV Entertainer 1997
The Malaysia Book of Records First Malaysian artiste to perform a solo concert at the prestigious Royal Albert Hall (2005) Most Awards Won Artiste - 112 awards (2004) Most Awards Won Artiste - 52 awards (2001)
Anugerah Planet Muzik (Planet Music Awards)Most Popular Artiste 2009 Most Popular Female Artiste 2009 Most Popular Female Artiste 2008 Most Popular Female Artiste 2007 Best Female Artiste 2007 Best Song ("Biarlah Rahsia") 2007 Most Popular Female Artiste 2006 Most Popular Female Artiste 2005 Most Popular Song ("Lagu Rindu") 2005 Most Popular Female Artiste 2004 Best Female Artiste 2004 Best Song ("Bukan Cinta Biasa") 2004 Most Popular Female Artiste 2003 Best Female Artiste 2003 Special Award 2003 Most Popular Female Artiste 2002 Best Female Artiste 2002 Most Popular Female Artiste 2001 Most Popular Song ("Balqis") 2001 Best Female Artiste 2001
|
Anugerah ERA (ERA Awards)Best Choice for Female Vocalist 2007 Best Choice for Female Vocalist 2006 Best Choice for Female Vocalist 2005 Best Choice Ethnic Song ("Badarsila") 2003 Best Choice Music Video ("Bukan Cinta Biasa") 2003 Best Choice for Female Vocalist 2002 Best Choice Ethnic Song ("Nirmala") 2002 Best Choice Music Video ("Nirmala") 2002 Best Choice for Female Vocalist 2001 Best Choice for Duo/Group Vocalist (with Tan Sri S.M. Salim) 2001 Best Choice Ethnic Song ("Pandang-pandang Jeling-jeling") 2001 Best Choice Pop Song ("Percayalah") 2001 Best Choice Music Video ("Percayalah") 2001
MTV Asia AwardsFavourite Artiste (Malaysia) 2005 Favourite Artiste (Malaysia) 2004 Favourite Artiste (Malaysia) 2003 Favourite Artiste (Malaysia) 2002
Recognitions & HonoursBIM Outstanding Professionals (Celebrity) Award (2008) Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) (2006) Anugerah Srikandi Seni (2005) - UMNO Bahagian Maran, Pahang Setia Ahmad Shah (SAP) (2005) Tokoh Karyawan Usahawan Muda (2005) - Universiti Sains Malaysia Nickoledeon Kid's Choice Awards (2005) - Wannabe Award BestBrands Malaysian Personality of the Year Award (2005) - BestBrands Council Nickoledeon Kid's Choice Awards (2004) - Wannabe Award The Outstanding Young Malaysian Award 2003 (TOYM) - Cultural Achievement - Junior Chamber of Kuala Lumpur Mandarin Johan Setia Mahkota (JSM) (2003) - SPB Yang DiPertuan Agong Anugerah Jasamu Dikenang MAYC (2003) Anugerah Puteri Remaja (2002) - Puteri UMNO Bintang Universe of Corum (2002) - The Most Success Talent In Malaysia Music Industry Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) - Darjah Kebesaran Ke-4 Negeri Pahang
AppointmentsInternational Adviser of Performing Arts of Limkokwing University (2008) Ambassador of Pantene (2007) Ambassador of Suara Universiti (2007) Ambassador of Elegance Tiara Collection (2006) Ambassador of SHINE Pantene Pro-V (2006) Ambassador of OLAY Total Effects (2006) Ambassador of Maxis-Hotlink (2004) Ambassador of Produk IT Samsung Malaysia (2004) Ambassador of Minolta DiMAGE Malaysia (2003) Ambassador of "With All Our Hearts¡¯ Charity Fund" Jusco (2002-2006) Ambassador of TM Net (2002) Malaysia Stamp Princess Model of Mitsubishi Trium Model of BLEU and PEPSI (2002) Model/Spokesperson of Maybelline New York Model of Nippon Wiper Blade (NWB) Ambassador of Muhibah PBSM
International AwardsSCTV Music Awards Indonesia 2004 - Top Foreign Artist Indonesian Music Awards 2003 - Malaysian Best Album (E.M.A.S) Voice of Asia 2002 - Grand Prix Champion Indonesian Music Awards 2001 - Most Lucrative Foreign Artist In Indonesia South Pacific International Song and Singing Competition 1999 - Pop Winner/Top 40 Category International Song (We'll Be As One) South Pacific International Song and Singing Competition 1999 - Best Female Vocal Performance (We'll Be As One) Shanghai Music Festival 1999 - Gold Award in Singing Competition Singapore Music Awards 1997 - Most Popular Newcomer Female & Most Popular Song ("Mawarku")
|
 |